Seiring dengan peredaran semasa teknologi, permainan digital tidak lagi menjadi sebuah hobi biasa, malah mampu untuk menjadi sebuah kerjaya.<br /><br />Di Malaysia, permainan digital sudah menjadi sebuah kelaziman dan penggemarnya tidak mengira pangkat usia.<br /><br />Namun, bagi membangunkan kandungannya memerlukan kepakaran perisian dan teknologi dan boleh mengambil masa tiga bulan sebelum dipasarakan.